Monday, May 3, 2010


SMK Beaufort II ditubuhkan pada 04 Julai 1994. Penubuhan sekolah ini adalah untuk menampung bilangan pelajar yang semakin bertambah di sekitar pekan Beaufort. Pengetua pertama SMK Beaufort II ialah En. Mahamad Bin Abdullah manakala pengetua sekarang (2009) ialah Encik Mahamad Shukri Bin Said.

Pada usia mudanya, sekolah ini hanya terdapat seorang pengetua, lima orang guru dan seorang kakitangan bukan mengajar. Antara guru yang masih mengajar di sekolah ini sejak dari tahun 1994 lagi ialah En. Ag Alli Ag Omar, En. Matudin Akub, Pn. Dora Parmin dan Pn. Suraya Tajul.

Pada hari ini, sekolah ini mempunyai seramai 549 orang pelajar dengan tenaga pengajarnya seramai 54 orang dan sembilan orang kakitangan am di bahagian pentadbiran dan pengurusan pejabat. Dalam tempoh yang terdekat (2010), sekolah ini akan memiliki 3 buah blok bangunan 3 tingkat yang baru. Kategori:

0 comments: