Monday, July 5, 2010

HARI EXPLORASI AKADEMIK SMK BEAUFORT II



TARIKH:

24 Jun 2010 (Khamis)


OBJEKTIF:
- Memberi informasi pengkhususan jurusan setiap mata pelajaran
- Menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran yang ditawarkan di sekolah
- Menggalakkan inovasi dan kreativiti dalam Pengajaran & Pembelajaran
- Mempamerkan hasil kerja terbaik pelajar agar dapat dijadikan benchmarking dalam kalangan pelajar
- Memupuk semangat kerjasama dan perkongsian maklumat antara bidang mata pelajaran
- Menyuburkan budaya ilmu dalam kalangan warga sekolah

Wednesday, May 26, 2010

MINGGU TEKNIK & VOKASIONAL SMKB2

Sunday, May 16, 2010

MAKEP SIRI 1

Thursday, May 13, 2010

Wednesday, May 12, 2010

MAJLIS PELANCARAN BLOG SMKB2

Majlis pelancaran blog sekolah SMKB2 ini telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sabah iaitu Dr.Hj.Muhiddin bin Yusin pada 13 MEI 2010. Warga SMKB2 mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Pengarah....

PENGETUA SMK BEAUFORT II


HJ.MAHAMAD SHUKRI BIN SAID

TEMPAT ASAL

JITRA, KEDAH

KELULUSAN AKADEMIK

  • MASTERS IN BUSINESS ADMINISTRATION (UNITAR)-2006
  • SARJANA MUDA SAINS & ED (Hons)/MATEMATIK (UTM)-1984

SEJARAH PERKHIDMATAN

  • GURU PENOLONG MATEMATIK A DAN FIZIK TING 4 DAN 5 DI SMK TENOM (1984-1986)
  • GURU PENOLONG MATEMATIK A DAN FIZIK TING 6 DI SMK MENGGATAL KOTA KINABALU (1987-1991)
  • PENSYARAH ELECTRONIC,LUKISAN TEKNIK DAN MATEMATIK DI MAKTAB PERGURUAN GAYA (1991-2002)
  • PENGETUA SMK BONGAWAN PAPAR (2002-2008)
  • PENGETUA SMK BEAUFORT II (2008-SEKARANG)

SUMBANGAN DALAM SEMINAR/KONVENSYEN

PEMBENTANGAN KERTAS KERJA FAKTA ASAS DARAB SEKOLAH RENDAH
(6 FEEDER SCHOOL OF SMK BONGAWAN
)

JAWATAN DALAM PERSATUAN/PERTUBUHAN

  • JURULATIH BADMINTON GRED 3 SBA
  • UMPIRE GRED 3 SABAH BADMINTON ASOCATION (SBA)




Tuesday, May 11, 2010

SEKITAR PERSEDIAAN MAKEP 2010 SIRI 3

Control puan..control...jangan tension...persiapan MAKEP mahu siap sudah...inilah penyelaras MAKEP 2010...Puan Nur Mazhani.

Rancak perbincangan 5 guru SMK Beaufort 2..rasanya yang cekak pinggang itu..macam kaki pukul.....
"Jangan balik dulu cigu Aida..pentas belum selesai tu..." jerit salah seorang pelajar ke arah Cigu Aida.

"Penat betul.....lapar perut lagi ni..."mungkin itu yang ada dalam fikiran cigu Aida.
"Rasanya..ngam buat sumpit ni...he..he..he..he"

SEKITAR PERSEDIAAN MAKEP 2010 SIRI 2

Aduuuuii..penatnya menari..bilalah habis ni...

Perbincangan hal MAKEP diantara Cigu Mazhani, Mardianah dan PK HEM...

Woooiii...jangan relek bah...sepatutnya kamu yang kerja ni...bukan cigu...

Seksa eh...tapi demi sekolah aku rela berkorban bos ku...........yeeaaahhh

Hujan pun hujan lah....dapat juga main air...demam belakang kira..tahniah kepada pelajar ini...sanggup berhujan untuk menjayakan MAKEP 2010..

PERSEDIAAN MAKEP 2010

Monday, May 10, 2010

SEKITAR PERSEDIAAN MAKEP 2010 SIRI 1

Mr Leo sedang memantau progress sound sistem supaya tidak wujud masalah dalam majlis.

Petugas dalam kalangan pelajar sibuk menghias pentas untuk majlis MAKEP 2010...tq.

Raptai tarian...semoga suksess nanti.

Hati-hati mas...jangan jadikan tugas anda mengundang musibah..apa pun tahniah kerana berkerja keras...
Bilalah siap khemah ni..hujan mahu turun sudah...

Wednesday, May 5, 2010

Tuesday, May 4, 2010

KEM PMR 2010

Monday, May 3, 2010

ILMU PENYULUH HIDUP


Lahirlah sekolah menempa sejarah

SMK Beaufort 2 namanya

Guru berjasa dihormati sentiasa

Jasamu tidak akan dilupa

Marilah marilah kita berusaha

Mencapai kecemerlangan insani

Tampilkan diri disiplin terpuji

Citamu pastikan terpenuhi

Melangkah gagah, segak dan bergaya

Penuhkan ilmu dunia ukhrawi

Mula insan biasa jadi tonggak negara

Dirimu menganjak paradigma

Sihatkan minda seimbang emosi

Tetap gah walau sukar melanda

Kejayaan diri, keluarga dan bangsa

Menjunjung aspirasi negara (2x)


LIRIK OLEH: CIKGU MINGGU AMAT


SMK Beaufort II ditubuhkan pada 04 Julai 1994. Penubuhan sekolah ini adalah untuk menampung bilangan pelajar yang semakin bertambah di sekitar pekan Beaufort. Pengetua pertama SMK Beaufort II ialah En. Mahamad Bin Abdullah manakala pengetua sekarang (2009) ialah Encik Mahamad Shukri Bin Said.

Pada usia mudanya, sekolah ini hanya terdapat seorang pengetua, lima orang guru dan seorang kakitangan bukan mengajar. Antara guru yang masih mengajar di sekolah ini sejak dari tahun 1994 lagi ialah En. Ag Alli Ag Omar, En. Matudin Akub, Pn. Dora Parmin dan Pn. Suraya Tajul.

Pada hari ini, sekolah ini mempunyai seramai 549 orang pelajar dengan tenaga pengajarnya seramai 54 orang dan sembilan orang kakitangan am di bahagian pentadbiran dan pengurusan pejabat. Dalam tempoh yang terdekat (2010), sekolah ini akan memiliki 3 buah blok bangunan 3 tingkat yang baru. Kategori:

KEM PMR 2010 (HARI KE DUA)

Ceramah KH/ERT..disampaikan oleh Puan Suraya Tajul.

Pelajar khyusuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh guru ERT.

Ceramah KH/Perdagangan yang disampaikan oleh Cikgu Azmi.

Masih ada masa....jangan abaikan usia muda anda.....belajar rajin-rajin...

Ceramah Geografi yang disampaikan oleh Cik Verilya dan Cik Aida pada sesi pagi...

AKTIVITI KEM PMR 2010 (HARI PERTAMA)

Cikgu Azmee memberi ceramah skema dan teknik menjawab matematik kepada pelajar PMR

Sebahagian pelajar PMR yang menghadiri Kem PMR sesi 2010.

Sesi taklimat disampaikan oleh cikgu Azmee selaku penyelaras program.

Beberapa pelajar berehat sambil mengalas perut sebelum program disambung.

Tekun......sesi taklimat pada petang itu berjalan lancar...tahniah kepada yang menjayakan program Kem PMR ini...

Monday, April 26, 2010



Wednesday, April 21, 2010

KEMPEN PENANAMAN POKOK SEDUNIA



Kelab Pencinta Alam telah menjalankan aktiviti menanam pokok sempena Program Menanam 16 Juta Pokok Peringkat Negeri Sabah. Aktiviti ini dijalankan serentak di seluruh Sabah bagi menyokong program di bawah seliaan Unit Pembangunan Kemanusiaan, Pejabat Pelajaran Daerah Beaufort.







TARIKH :
22 APRIL 2010 (KHAMIS)

MASA :
8:00 pagi

TEMPAT :
SEKITAR KAWASAN SMK BEAUFORT II

DIRASMIKAN OLEH:
TN HJ NOORZAM B. YUSOFF
(PK PENTADBIRAN SMK BEAUFORT II)
EN. AG ALI AG OMAR
(PK HEM SMK BEAUFORT II)
AHLI-AHLI KELAB PENCINTA ALAM SMK BEAUFORT II
(GURU PENASIHAT: PN NORIMAH SADIH & CIK JULIZA FRANCIS)