Saturday, May 28, 2011

Kem Unit Beruniform SMK Beaufort II (Riadah Pagi)


Seawal jam 6 pagi, para peserta telah diarahkan untuk berkumpul di kawasan Tapak Perhimpunan. Ketua-ketua unit diminta melaporkan kekuatan ahli mereka kepada penghulu kem. Selepas itu, Urusetia mengetuai aktiviti senam aerobik. Dengan hanya berbekalkan 5 buah lagu, mereka berjaya menamatkan aktiviti tersebut dengan sambutan yang amat menggalakkan daripada para peserta.

Sebenarnya dorang praktis sampai jam 2 pagi, takut punya pasal, hehe..



Bukan setakat berlari di kawasan sekolah, tempat letak kereta di luar sekolah pun mereka jelajahi..

*US kali nie hampir semua sihat-sihat belaka, so aktiviti riadah mesti mengambil masa yang lama dan aktivitinya 'berat' sket, hehe..*


Sampai terduduk ahli BSMM nie memikirkan idea untuk mencipta yell..


Ahli pengakap juga la yang paling manang~~

Kesimpulannya, aktiviti riadah berjalan dengan lancar kerana semua peserta memberikan kerjasama yang baik.. :)

0 comments: