Tuesday, May 31, 2011

Kem Unit Beruniform SMK Beaufort II (Minda Kurikulum)


Aktiviti Minda Kurikulum merupakan salah satu aktiviti yang ditunggu-tunggu oleh para peserta. Ramai dalam kalangan mereka yang merasa ketakutan, tidak kurang juga yang tidak sabar menunggu arahan daripada Us yang bertugas. Para peserta perlu menjawab soalan yang berbentuk akademik sebelum mara ke stesen yang seterusnya.



Halangan pertama yang perlu mereka lalui; Lombong Emas.. :)


US: Cukup ke sudah ahli kamu?
Ketua: Cukup!
Us: Ok, pilih satu.. *sambil memberikan 6 keping kertas yang berlipat kemas*
Ketua: Nie nahh..
Us: Ok, sila isi tempat kosong..
Ketua: Siapa score A science sini?
Ahli: =.='
*terbeliak mata peserta apabila mendapat soalan science, haiz, berhabis abang us kamu melukis pagi2 buta, nak menguji kamu punya pasal kan~~*



*Lubang Tikus*



*Ayas tue macam lebih risaukan keadaan kasut orang pula*





*Crawling Zone*


Syukur Alhamdulillah, aktiviti ini berakhir dengan baik, tiada sebarang kecederaan dilaporkan oleh para us. Walau bagaimanapun, terdapat segelintir peserta yang merasa 'terseksa' dengan aktiviti ini.

Pesanan ikhlas daripada saya, "Hargai setiap detik yang anda lalui kerana nenek moyang kamu lebih sengsara ketika memperjuangkan kemerdekaan negara sehingga anda dapat menikmati kehidupan yang lebih selesa pada masa ini".. :)

0 comments: