Wednesday, June 22, 2011

TAKLIMAT PROGRAM SEKOLAH ANGKAT UMS

PK HEM En. Jaffar bin Marlan sedang memberi taklimat dan mendengar progres setiap AJK pelaksana program.

Penerangan perjalanan program dibentangkan oleh Ustaz Ghazali.

Tekun mendengar taklimat yang disampaikan oleh pihak pentadbir biar pun jam sudah menunjukkan jam 3.00 pm. Sabar separuh daripada iman...

Naikkan gaji kami....! Barangkali itu yang diperkataan oleh Cigu Habib Ishak...sekadar hiburan dikala kepenatan mengajar. Kemuskilan yang timbul dapat diselesaikan dengan perbincangan.

Cigu Sanibola melelapkan mata seketika dan merehatkan minda sambil memikirkan apa tugas yang bakal ditawarkan...sabar Mr. Sani...

Wednesday, June 1, 2011

Kem Unit Beruniform SMK Beaufort II (Hari Ketiga)

Walaupun terdapat dugaan yang melanda, Kem Unit Beruniform SMK Beaufort II berjaya ditamatkan pada 29 Mei 2011. Berikut merupakan gambar-gambar yang diambil ketika sesi fotografi..



Bsmm


Kadet Bomba dan Penyelamat



KRS


Pengakap



PPIM


Pandu Puteri



Barisan Urusetia

Tuesday, May 31, 2011

Kem Unit Beruniform SMK Beaufort II (Malam Bakat Kadet)


Malam Bakat Kadet merupakan aktiviti yang paling ditunggu-tunggu oleh para peserta. Pelbagai idea yang kreatif ditonjolkan oleh mereka untuk mengambil hati barisan juri, iaitu Cikgu Jaafar, Cikgu Ag Ali, dan juri jemputan pada malam tersebut; Encik Chin.



"Pengajaran yang saya perolehi adalah hubungan saya dan keluarga menjadi bertambah akrab dan yang paling penting saya dan mommy dapat menerima kenyataan bahawa kami mempunyai 2 orang anak yang istimewa"



*Cerita ini adalah hak milik terpelihara Cikgu Dora, sebarang cetak rompak tidak dibenarkan sama sekali*



*Lady Gaga versi Melayu*


Sekali lagi para peserta membuktikan bahawa masa bukan penghalang untuk mengecapi kejayaan, congratz.. :)

Kem Unit Beruniform SMK Beaufort II (Minda Kurikulum)


Aktiviti Minda Kurikulum merupakan salah satu aktiviti yang ditunggu-tunggu oleh para peserta. Ramai dalam kalangan mereka yang merasa ketakutan, tidak kurang juga yang tidak sabar menunggu arahan daripada Us yang bertugas. Para peserta perlu menjawab soalan yang berbentuk akademik sebelum mara ke stesen yang seterusnya.



Halangan pertama yang perlu mereka lalui; Lombong Emas.. :)


US: Cukup ke sudah ahli kamu?
Ketua: Cukup!
Us: Ok, pilih satu.. *sambil memberikan 6 keping kertas yang berlipat kemas*
Ketua: Nie nahh..
Us: Ok, sila isi tempat kosong..
Ketua: Siapa score A science sini?
Ahli: =.='
*terbeliak mata peserta apabila mendapat soalan science, haiz, berhabis abang us kamu melukis pagi2 buta, nak menguji kamu punya pasal kan~~*



*Lubang Tikus*



*Ayas tue macam lebih risaukan keadaan kasut orang pula*





*Crawling Zone*


Syukur Alhamdulillah, aktiviti ini berakhir dengan baik, tiada sebarang kecederaan dilaporkan oleh para us. Walau bagaimanapun, terdapat segelintir peserta yang merasa 'terseksa' dengan aktiviti ini.

Pesanan ikhlas daripada saya, "Hargai setiap detik yang anda lalui kerana nenek moyang kamu lebih sengsara ketika memperjuangkan kemerdekaan negara sehingga anda dapat menikmati kehidupan yang lebih selesa pada masa ini".. :)

Monday, May 30, 2011

NOTIS PEMBERITAHUAN

Entry selanjutnya akan dipublish selewat-lewatnya pada hari Rabu, sekian terima kasih.. :)

Saturday, May 28, 2011

Kem Unit Beruniform SMK Beaufort II (Riadah Pagi)


Seawal jam 6 pagi, para peserta telah diarahkan untuk berkumpul di kawasan Tapak Perhimpunan. Ketua-ketua unit diminta melaporkan kekuatan ahli mereka kepada penghulu kem. Selepas itu, Urusetia mengetuai aktiviti senam aerobik. Dengan hanya berbekalkan 5 buah lagu, mereka berjaya menamatkan aktiviti tersebut dengan sambutan yang amat menggalakkan daripada para peserta.

Sebenarnya dorang praktis sampai jam 2 pagi, takut punya pasal, hehe..



Bukan setakat berlari di kawasan sekolah, tempat letak kereta di luar sekolah pun mereka jelajahi..

*US kali nie hampir semua sihat-sihat belaka, so aktiviti riadah mesti mengambil masa yang lama dan aktivitinya 'berat' sket, hehe..*


Sampai terduduk ahli BSMM nie memikirkan idea untuk mencipta yell..


Ahli pengakap juga la yang paling manang~~

Kesimpulannya, aktiviti riadah berjalan dengan lancar kerana semua peserta memberikan kerjasama yang baik.. :)

Friday, May 27, 2011

Kem Unit Beruniform SMK Beaufort II (Pertandingan Kawad Kaki)

Pertandingan yang disertai oleh semua badan beruniform ini telah dimenangi oleh Kadet Bomba. Markah Kadet Bomba dan Pengakap adalah seri, tetapi oleh kerana Kadet Bomba lebih menyerlah dari segi lontaran suara dan disiplin ahlinya, para juri dengan sebulat suara telah memilih Kadet Bomba sebagai pemenang.



Walaupun melibatkan semua ahli wanita, Persatuan Puteri Islam Malaysia telah berjaya memperolehi tempat ketiga.


Perhatikan tangan ketua dan ahlinya, tak sama kan?


Kadet Bomba dan Penyelamat berjaya membuatkan Cikgu Dora dan Ustaz Ghazali tersenyum lebar.. :)

Walaupun masa diberikan untuk mereka melakukan sesi latihan kawad amat terhad, ternyata semangat yang ditunjukkan oleh mereka telah membuktikan bahawa kerjasama antara ahli setiap unit amat penting dalam usaha untuk mencapai kejayaan.