Friday, May 27, 2011

Kem Unit Beruniform SMK Beaufort II (Pertandingan Kawad Kaki)

Pertandingan yang disertai oleh semua badan beruniform ini telah dimenangi oleh Kadet Bomba. Markah Kadet Bomba dan Pengakap adalah seri, tetapi oleh kerana Kadet Bomba lebih menyerlah dari segi lontaran suara dan disiplin ahlinya, para juri dengan sebulat suara telah memilih Kadet Bomba sebagai pemenang.



Walaupun melibatkan semua ahli wanita, Persatuan Puteri Islam Malaysia telah berjaya memperolehi tempat ketiga.


Perhatikan tangan ketua dan ahlinya, tak sama kan?


Kadet Bomba dan Penyelamat berjaya membuatkan Cikgu Dora dan Ustaz Ghazali tersenyum lebar.. :)

Walaupun masa diberikan untuk mereka melakukan sesi latihan kawad amat terhad, ternyata semangat yang ditunjukkan oleh mereka telah membuktikan bahawa kerjasama antara ahli setiap unit amat penting dalam usaha untuk mencapai kejayaan.

0 comments: